Pukul hakim, peguambela Tomy Winata ditahan polis - Utusan Malaysia

Pukul hakim, peguambela Tomy Winata ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 20 Julai – Peguam­bela kepada ahli perniagaan Tomy Winata, Desrizal ditahan polis selepas dia didakwa memukul dua orang hakim ketika sesi perbicaraan berlangsung di Jakarta Pusat, kelmarin.

Detik News melaporkan, Desrizal ditahan reman selama 20 hari untuk soal siasat berhubung insiden berkenaan.

Penahanan Desrizal disahkan oleh Ketua Polis Jakarta Pusat, Harry Kurniawan semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis akan menyoal siasat Desrizal berhubung kejadian tersebut dan mengumpul bahan bukti,” kata Harry.

Dalam perkembangan berkaitan, Tomy menerusi jurucakapnya, Hanna Lilies memaklumkan beliau berasa kesal dengan apa yang berlaku.

“Tomy terkejut dengan insiden yang berlaku dan sehubungan itu, beliau ingin memohon maaf kepada semua pihak terutamanya dua hakim yang dipukul oleh Desrizal,” ujar Hanna.

Desrizal didakwa memukul Hakim Sunarso dan anggota panel Duta Baskara menggunakan tali pinggang ketika hakim membuat keputusan mengenai pertikaian sivil melibatkan Tomy dengan dua buah syarikat, Geria Wijaya Prestige dan Fireworks Ventures Limited di Mahkamah Daerah Jakarta Pusat.

Jurucakap mahkamah, Makmur memberitahu bahawa, insiden itu berlaku pada pukul 4 petang waktu tempatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini