Pelancong Jerman bancuh kopi atas tangga didenda 950 Euro - Utusan Malaysia

Pelancong Jerman bancuh kopi atas tangga didenda 950 Euro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM – Dua pelancong Jerman didenda kelmarin kerana membancuh kopi di atas tangga jambatan Rialto yang terkenal di Venice dan diarahkan untuk meninggalkan bandar raya itu, kata pihak berkuasa perbandaran.

Kedua-dua pengembara beg galas dari Berlin, masing-­masing berumur 32 dan 35 tahun, duduk di kawasan tangga mercu tanda popular dunia itu sebelum mengeluar­kan peralatan pembancuh kopi mudah alih.

Seorang pejalan kaki yang menyedari perbuatan itu bertindak melaporkannya kepada pihak polis, menurut pihak berkuasa bandar raya itu dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Polis menggunakan satu undang-undang yang baru diluluskan untuk mengenakan denda sebanyak 950 Euro (RM4,400) kerana berkelakukan tidak sopan dan meminta mereka meninggalkan Venice.

“Venice mesti dilayan de­ngan rasa hormat. Orang tidak sopan yang datang ke sini dan fikir mereka boleh berbuat apa sahaja perlu memahami perkara ini. Terima kasih kepada polis tempatan, mereka boleh dihalang, didenda dan dihantar pulang,” kata Datuk Bandar Venice, Luigi Brugnaro.

“Mulai sekarang, kami akan berkongsi maklumat identiti individu yang diminta pulang dengan pihak kedutaan dan konsulat negara asal mereka,”­ katanya.

Undang-undang baharu, diluluskan pada Mei lalu, menetapkan peraturan kesopanan, kebersihan dan keselamatan di bandar yang dihuni 55,000 penduduk, tetapi menerima kunjungan kira-kira 30 juta pelawat setiap tahun.

Undang-undang itu juga melarang pelawat untuk berkelah di beberapa kawasan, mandi dalam air pancut dan tidak memakai baju di kawasan terbuka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini