Para pemimpin PKR nafi wujud dua kem - Utusan Malaysia

Para pemimpin PKR nafi wujud dua kem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 20 Julai – Para pemimpin PKR hari ini menafikan parti itu kini telah terbahagi kepada dua kem yang bertelagah sesama sendiri.

Sebaliknya, mereka percaya ia hanya persepsi dalam kalangan orang ramai yang tidak mengetahui perkembangan sebenar dalam parti itu.

Sekalipun, kata mereka, ada perbalahan, ia tidak mencapai tahap terbelah kepada dua kem yang bertentangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendapat itu dikongsi secara bersama oleh Naib Presiden, Dr. Xavier Jayakumar; Naib Presiden, Tian Chua; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Seramai tiga Pengerusi PKR negeri juga menyatakan pendirian yang sama iaitu Fuziah Salleh (Pahang), Datuk Johari Abdul (Kedah) dan Azan Ismail (Terengganu).

Fuziah berkata, beliau tidak percaya pertelingkahan dalaman yang sedang berlaku telah menyebabkan parti itu terbahagi kepada dua kem.

“Tidak lah sampai begitu,” katanya enggan mengulas lanjut.

Johari yang senada dengan Fuziah berkata, lazimnya rasa tidak puas hati berlaku selepas sesuatu pemilihan parti.

“Mengapa hanya terhad kepada dua kem, kita juga boleh kata tiga kem, empat kem, lima kem, hanya kerana tidak puas hati. Tidak ada dua kem dalam PKR,” katanya.

Tian Chua yang dikaitkan dengan kem Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga tidak setuju dengan dakwaan tersebut.

“Tidak,” katanya ringkas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini