Hanya parti politik perjuangkan bangsa, agama, negara akan dipilih rakyat - Utusan Malaysia

Hanya parti politik perjuangkan bangsa, agama, negara akan dipilih rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG – Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan hanya parti politik yang betul-betul memperjuangkan bangsa, agama dan negara sahaja akan menjadi pilihan rakyat seperti yang tercatat dalam lipatan sejarah negara dan berdasarkan keputusan pilihan raya sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, perjuangan dalam politik bukanlah untuk kepentingan individu semata-mata, sebaliknya ia perlu dilakukan demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

“Jika kita fokus pada nikmat kekayaan, kita akan kalah dan ini terjadi kepada UMNO yang dahulunya berjuang untuk kemerdekaan dan rakyat, sebelum lari daripada perjuangan dan akhirnya ditumbangkan rakyat, ” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata demikian ketika berucap merasmikan perhimpunan agung khas parti tersebut di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini hari ini.

Justeru, beliau mengingatkan pemimpin dan ahli parti supaya mengetepikan kepentingan diri sendiri dan kekal terus memperjuangkan bangsa, agama dan tanah air jika ingin terus menjadi pemimpin dipilih rakyat. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini