LONDON – Menjelang kempen Liga Perdana Inggeris musim baharu, penyandang juara Manchester City kini sudah mula merancang untuk memperkuatkan bahagian pertahanan terutama selepas bekas kapten Vincent Kompany memilih meninggalkan Etihad.
Ketika ini City dikatakan berminat mendapatkan pertahanan Leicester City, Harry Maguire malah pengurus City, Pep Guardiola mengakui pasukannya mempunyai sasaran yang dikehendaki dalam pasaran pemain.
“Kita akan lihat pengganti Kompany.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Namun, ya kami sedang menantikan beberapa nama.
“Dalam masa sama, kami mempunyai tiga pertahanan tengah untuk diturunkan dan dua pemain muda daripada pasukan kedua yang boleh membantu pasukan bagi menghadapi musim baharu,” katanya. – AGENSI











