Arkitek KLCC meninggal dunia - Utusan Malaysia

Arkitek KLCC meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Buenos Aires – Arkitek Argentina yang mencipta Menara Berkembar Petronas (KLCC), Cesar Pelli meninggal dunia kelmarin pada usia 92 tahun, menurut keluarganya hari ini.

Presiden Argentina, Mauricio Macri dalam satu perkongsian di Twitter berkata: “Saya mahu sampaikan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan Cesar Pelli.

“Hasil kerja yang ditinggalkan beliau di seluruh dunia sebagai satu legasi adalah kebanggaan kepada semua rakyat Argentina.”

Memuatkan artikel berkaitan…

Selepas menamatkan pengajian di Universiti Tucuman di Argentina, Pelli berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1952, yang mana beliau melanjutkan pengajian atas tajaan biasiswa. 

Kejayaan terbesar Pelli ialah Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, setinggi 452 meter yang dinobatkan sebagai bangunan paling tinggi dunia selepas siap dibina pada 1998. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini