Saya bukan boleh dijual beli - Hishammuddin - Utusan Malaysia

Saya bukan boleh dijual beli – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 20 Julai – Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ‘memulangkan paku buah keras’ apabila menempelak pihak yang memfitnahnya akan melompat parti selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, apa yang dikesalkan adalah tohmahan itu bukan sahaja datang daripada pihak yang memusuhi parti itu, malah ia juga disebarkan oleh ahli dalam parti.

“Saya sedih sebab tohmahan itu datang bukan sahaja daripada lawan malah orang UMNO sendiri tuduh saya macam-macam, hendak pergi Bersatu lah, tapi sampai sekarang saya masih UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesetiaan saya kepada parti adalah jitu, saya tetap ahli UMNO walaupun tiada jawatan apa lagi, saya bukan boleh dijual beli,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Melaka di sebuah hotel di sini petang ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kota Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Melaka, Datuk Latipah Omar dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian, Haryaty Hamdzah.

Menurut Hishammuddin, UMNO kini berada pada tahap terbaik untuk memperkukuhkan parti di saat pihak kerajaan kini yang menghadapi pergolakan dalaman.

“Amat rugi kalau kita sesama parti yang berbalah. Masa sudah sampai untuk kita bangkit,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini