Kerber ‘pecat’ jurulatih - Utusan Malaysia

Kerber ‘pecat’ jurulatih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN – Pemain tenis wanita Jerman, Angelique Kerber mengambil keputusan berpisah dengan jurulatihnya, Rainer Schuttler dua minggu selepas tersingkir awal dari saingan Wimbledon dengan cara memalukan sebagai juara bertahan perseorangan.

Perpisahan itu diumumkan juara Grand Slam sebanyak tiga kali itu awal hari ini tetapi dilakukan secara baik bagi membolehkan kedua-duanya membawa haluan sendiri selepas ini.

“Perlu bergerak ke depan walaupun sukar membuat perubahan ini terutama selepas lama bekerja dengan orang hebat seperti Rainer. Buat masa ini, kami telah membuat keputusan bersama bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk satu permulaan baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia sudah menjadi kawan saya dan ucap terima kasih dengan kerja keras yang telah dilakukannya serta dedikasi dalam bulan terakhir kami bersama,” kata Kerber menerusi Twitter.

Untuk rekod, Kerber tewas di pusingan kedua kepada pemain kurang ternama, Lauren Davis yang menduduki ranking lebih daripada 250 dunia dan ia merupakan kekalahan terburuk sejak Schuttler membimbingnya pada November tahun lalu.

Sebagai bekas pemain No. 1 dunia juga, Kerber yang turut pernah menjuarai Terbuka Australia dan Amerika Syarikat pada 2016 sukar menerima hakikat kemerosotan yang dialaminya musim ini sehingga jatu ke tangga 13 dunia ketika ini.

Selain kekecewaan di Wimbledon 2019, Kerber juga sebelum ini dimalukan di Terbuka Australia apabila tewas kepada pemain bukan pilihan, Danielle Collins di peringkat kelompok 16 terbaik diikuti tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Perancis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini