Kembara Mahkota Johor 2019 edisi ke-22 bermula hari ini - Utusan Malaysia

Kembara Mahkota Johor 2019 edisi ke-22 bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 20 Julai – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memulakan Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2019 edisi ke-22 merentasi laluan sejauh 686 kilometer hari ini.

Rombongan diraja yang mendapat perkenan Sultan Ibrahim selaku ketua konvoi itu bakal menjelajah 10 daerah di negeri ini hingga Isnin ini.

Kembara pagi ini dimulakan dengan Sultan Ibrahim berkenan menunggang motosikal berkuasa tinggi, ‘Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike’ ke destinasi pertama iaitu Dataran Majlis Daerah Pontian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim serta suami kepada Tunku Puteri Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Hadir sama pada pelepasan KMJ 2019 ialah Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Azmi Rohani.

Rombongan diraja bertolak dari Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada ‪pukul 8‬ pagi terus menuju ke daerah Pontian kemudian ke Batu Pahat, Tangkak dan berakhir di Muar melibatkan laluan sejauh 240 km. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini