Azmin tiada peluang jadi PM - ADUN DAP - Utusan Malaysia

Azmin tiada peluang jadi PM – ADUN DAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Julai – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu menyedari bahawa beliau tidak mempunyai peluang menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri berbanding Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu yang menegaskan majoriti kepemimpinan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong penuh Anwar menggalas jawatan nombor satu pentadbiran negara itu.

Ronnie malah mengatakan pelantikan Anwar juga telah dipersetujui dalam Pakatan Harapan (PH) sebagai individu menggantikan Dr. Mahathir walaupun terdapat spekulasi bahawa Mohamed Azmin dikatakan pemimpin ‘kesayangan’ Perdana Menteri itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini benar, Anwar mungkin bukan kegemaran Dr. Mahathir tetapi dia adalah pilihan PKR (sekurang-kurangnya majoriti dalam parti itu), DAP dan Amanah.

“Sekali pun beberapa ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan PKR berada di belakang Mohamed Azmin, mereka tetap tidak akan menjadi majoriti dalam PH. Oleh itu, saya tidak fikir Mohamed Azmin berpeluang menjadi Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik portal Malaysiakini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini