Lelaki maut dilanggar kereta api - Utusan Malaysia

Lelaki maut dilanggar kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang lelaki maut dipercayai akibat dilanggar kereta api selepas bahagian-bahagian badannya ditemui berselerak sekitar landasan di Kilometer 29.911, Sungai Petani-Butterworth berhampiran Taman Keladi, Sungai Petani pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 9.46 pagi daripada seorang lelaki yang bertugas melakukan rondaan di landasan keretapi, yang memberitahu terjumpa bahagian kaki manusia di kawasan itu.

Beliau berkata, kejadian dipercayai berlaku di kawasan terowong landasan kereta api Taman Keladi, melibatkan seorang lelaki yang dikenali sebagai K.Poobalan, 27, yang dipercayai dilanggar kereta api yang mengakibatkan anggota badannya terputus kepada empat bahagian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya anggota badan pertama yang ditemui ialah kaki kanan, yang dijumpai kira-kira 200 meter di arah utara landasan menghala ke Alor Setar.

“Bahagian-bahagian lain iaitu kepala, kaki kiri, dan perut dijumpai 350 meter arah selatan menuju ke Butterworth manakala serpihan otak, perut, tempurung kepala dan isi badan yang lain ditemui berselerak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini