Bank Islam, fintech pacu perbankan digital - Utusan Malaysia

Bank Islam, fintech pacu perbankan digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) menyasarkan untuk menawarkan kemudahan melakukan urus niaga kewangan menerusi kiriman wang mudah alih dan platform e-dompet yang disediakan oleh dua firma teknologi kewangan (fintech) kepada para pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Mohd. Muazzam Mohamed berkata, pihaknya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan penggiat fintech iaitu pembekal pembayaran mudah alih, BerryPay (M) Sdn. Bhd. dan pengeluar e-wang berlesen, KiplePay Sdn. Bhd..

Kata beliau, BerryPay akan menyediakan perkhidmatan pengiriman wang mudah alih bagi kemudahan pemegang akaun pekerja asing dengan menghubungkan mereka melalui akaun bank maya dalam sistem perbankan elektronik yang unik kepada penerima lain dan sebaliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui kerjasama dengan Bank Islam, BerryPay berhasrat untuk menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk pekerja asing dalam sektor perladangan, pemindahan dana rakan setaraf serta pembayaran rentas sempadan untuk para pelanggannya,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu adalah Pengerusi BerryPay, Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar dan CEO KiplePay, Tan Kay Yen. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini