Banduan dicekup semula tidak sampai 24 jam lolos - Utusan Malaysia

Banduan dicekup semula tidak sampai 24 jam lolos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Tidak sampai 24 jam melarikan diri, seorang banduan di Penjara Dusun Dato Murad Ayer Keroh di sini berjaya dicekup semula oleh pasukan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, suspek berusia 25 tahun itu bertindak melarikan diri ketika bekerja di Tiara Golf Country Club kira-kira pukul 12.50 tengah hari semalam.

Katanya, suspek berjaya ditangkap semula pada pukul 8.45 malam tadi di kawasan padang golf Ayer Keroh Golf Club kira-kira 150 meter dari tempat dia melarikan diri. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek merupakan banduan di bawah program Banduan Kemahiran Luar Penjara dan dibenarkan bekerja di kelab golf berkenaan selama empat jam dari pukul 8 pagi selepas memenuhi kriteria berkelakuan baik dalam penjara. 

“Bagaimanapun, pada pukul 12.50 tengah hari pihak penjara menerima panggilan memaklumkan suspek telah melarikan diri ke arah hutan di belakang Tiara Golf Country,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, ketika kejadian suspek bersama sembilan lagi banduan dan dikawal selia oleh dua anggota penjara. 

Jelasnya, suspek merupakan banduan di penjara tersebut selepas dijatuhi hukuman penjara lima tahun sejak 2016 mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian tanpa niat. 

“Banduan tersebut sebenarnya mempunyai baki tahanan hanya dua bulan sebelum dia dibebaskan.

“Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini