Rumah Mampu Milik: Kerajaan Persekutuan perlu jadi peneraju utama - Utusan Malaysia

Rumah Mampu Milik: Kerajaan Persekutuan perlu jadi peneraju utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Kerajaan digesa mempercepatkan keputusan mengenai Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) terhadap masa depan yang telah dibuat bagi mereka berpendapatan rendah dan sederhana.

Ketua Penyelaras Pusat Sumber untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (Reach), Datuk Iskandar A. Samad berkata, sasaran untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah sendiri tidak akan tercapai tanpa campur tangan kerajaan tentang apa sahaja keputusan akan diambil kelak.

“Polisi tersebut berjaya meningkatkan stok rumah mampu milik tetapi banyak pemaju melaporkan ia hanya membebankan dan menyebabkan mereka mengalami kekangan kewangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemaju menanggung sebahagian kos pembinaan rumah mampu milik tersebut memandangkan harga tanah serta kos pembinaan sering kali lebih tinggi daripada harga jualan yang diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Iskandar menambah, terdapat juga dakwaan pemaju menaikkan harga rumah bukan mampu milik bagi menampung tanggungan mereka menyebabkan pembeli rumah terbabit menanggung kos tersebut dan bukannya pemaju seperti dihasratkan.

Katanya, sama ada dakwaan itu benar atau tidak, keseluruhan beban bukan semestinya diletakkan ke atas pemaju swasta semata-mata malah kerajaan perlu mewujudkan satu entiti bagi menangani masalah perumahan nasional.

“Malaysia memerlukan entiti seperti HDB (Housing Development Board) di Singapura dan sebab itu PR1MA yang serupa dengannya itu diwujudkan untuk menangani masalah perumahan nasional,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini