Video seks: Dalang, penyebar ketinggalan zaman - Utusan Malaysia

Video seks: Dalang, penyebar ketinggalan zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 19 Julai – Dalang serta penyebar video seks sejenis yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan mereka yang sudah ketinggalan zaman.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, siapa pun mereka, tindakan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa ke atas dalang dan penyebar mengikut undang-undang negara.

Amirudin yang merupakan seorang daripada 27 pemimpin kanan PKR yang mengecam Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menambah, sesiapa pun jangan berlaku kejam atau menganiaya orang lain demi kepentingan diri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segalanya telah terlerai dan janganlah sambung cerita-cerita ini. Sudah 20 tahun cerita ini berulang dan orang menolaknya. Individu yang melakukannya (dalang dan penyebar) ketinggalan zaman.

“Prinsipnya jangan berlaku kejam dan menganiaya orang. Move on (tinggalkan), banyak perkara yang nak diselesaikan dalam negara yang perlu diperbetulkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador mengesahkan video seks sejenis membabitkan Haziq Abdullah Abdul Aziz dengan seorang lelaki adalah tulen, namun Cybersecurity tidak dapat memastikan 100 peratus pelaku dalam video berkenaan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini