Lawatan ke Jakarta perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia - Utusan Malaysia

Lawatan ke Jakarta perkukuh hubungan Malaysia-Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 19 Julai – Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan mengadakan lawatan kerja ke Jakarta, Indonesia selama tiga hari bermula hari ini bagi mengukuhkan hubungan dua hala.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sepanjang lawatan itu, beliau akan diiringi oleh pegawai-pegawai kementerian.

Semasa di Jakarta jelasnya, Saifuddin akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau, Retno L.P. Marsudi untuk berbincang mengenai isu-isu dan kerjasama dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa berkepentingan bersama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, Saifuddin juga dijangka akan menyampaikan ceramah mengenai Kerangka Dasar Luar Malaysia Baharu di Universitas Paramadina.

“Lawatan ini dijangka akan memperkukuh keakraban dan persahabatan yang sedia terjalin antara Malaysia dan Indonesia untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua buah negara,” jelas Wisma Putra. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini