Tokan ditahan, dadah RM10,100 dirampas - Utusan Malaysia

Tokan ditahan, dadah RM10,100 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 19 Julai – Polis menahan seorang lelaki tempatan serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10,100 dalam satu operasi di sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 8.10 malam itu, suspek berusia 35 tahun ditahan di tempat letak kereta di belakang sebuah premis perniagaan di Pusat Komersial Tebingan Sungai Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata,hasil pemeriksaan badan telah menemukan 20 papan pil warna merah dadah jenis nimetazepam seberat 53.30 gram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kita juga menemukan satu peket plastik lutsinar mengandungi ketulan dadah ketamin seberat 51.05 gram,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Meng Seah, hasil siasatan mendapati suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau didapati positif dadah setelah hasil ujian saringan air kencing dijalankan ke atasnya.

“Suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. Kita kini giat melakukan operasi dalam memfokuskan pengedaran dadah di sekitar lokasi suspek ditahan serta pusat karaoke,” jelasnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini