Proton Wira ‘idaman’ sindiket curi kenderaan - Utusan Malaysia

Proton Wira ‘idaman’ sindiket curi kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai- Statistik kes kecurian pelbagai jenis kenderaan di negara menunjukkan penurunan secara ketara sejak kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membanteras jenayah tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, berdasarkan statistik semasa, sebanyak 35,953 kes dilaporkan membabitkan kecurian kenderaan bagi tahun lalu.

“Statistik pada tahun lalu dilihat menurun berbanding pada 2017 apabila 42,158 kes direkodkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi tempoh Januari hingga 11 Julai lalu pula, sebanyak 16,186 kes dilaporkan yang melibaykan kecurian lori, van, motosikal dan kereta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Awam Kecurian Kenderaan PDRM-VTREC 2019 di pusat membeli-belah Nu Sentral, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Penasihat Kanan VTREC, Mohd Yusof Idris, Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasa dan Pematuhan) Kastam Diraja Malaysia (KDRM), Datuk Azimah Abd. Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia, Anthony Lee.

Dalam masa itu, Huzir berkata, kereta jenis Proton Wira menjadi tumpuan sindiket curi kereta kerana akan dijadikan sebagai alat ganti kenderaan.

Jelasnya, sepasukan pegawai dan anggota dihantar ke Australia bagi mempelajari kaedah untuk menangani kes curi kenderaan.

“Polis juga memantau penjualan peralatan yang dijual di dalam talian terutama kunci dan alat yang lain,”katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini