MB Johor perlu beri penjelasan - Utusan Malaysia

MB Johor perlu beri penjelasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Julai – Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal perlu memberi penjelasan sekiranya benar dakwaan bahawa terdapat campur tangan Istana Johor dalam urusan penentuan had umur belia di negeri berkenaan.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini turut merasakan perkara itu sebagai proses yang lebih baik.

“Setakat ini saya fikri mahu minta penjelasan Menteri Besar Johor (Sahruddin). Itu proses lebih baik,” katanya ringkas dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Istana Johor tiada hak untuk campur tangan dalam urusan penentuan had umur belia di negeri berkenaan.

Sekiranya didapati ada campur tangan istana, Dr. Mahathir malah menegaskan kerajaan akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang mengekalkan had umur belia pada usia 40 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini