LONDON – Everton mengumumkan kelab tersebut telah menandatangani pemain tengah, Fabian Delph dari Manchester City selama tiga tahun.
Pemain kebangsaan England itu menyertai City dari Aston Villa pada 2015 bernilai 8.5 juta pound (RM43 juta) berserta nilai tambahan sebanyak 1.5 juta pound (RM7 juta).
“Setiap kali saya menentang Everton, sama ada di laman sendiri atau di tempat lawan, perkara pertama berada dalam fikiran saya adalah penyokong kelab ini yang begitu bersemangat.
“Saya teruja untuk beraksi di laman sendiri dan menndengar sokongan mereka. Saya gembira berada di sini, saya akan memberikan segala-galanya – tidak kurang daripada 100 peratus,” katanya.
Delph merupakan sebahagian daripada skuad City yang menjuara Liga Perdana Inggeris (EPL) dua kali berturutu-turut dan pengurus Everton, Marco Silva berharap pengalamannya dapat membantu The Toffees. – AGENSI










