KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang berhubung penerbitan sebuah artikel yang menuduhnya bersubahat dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mohamed Apandi selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Saibullah M.V Nathan&Co dengan menamakan Kit Siang sebagai defendan tunggal di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Julai lalu.
Berdasarkan salinan penyataan tuntutan yang diperoleh media semalam, Mohamed Apandi mendakwa, defendan telah menulis dan menyebabkan penyiaran atau penerbitan artikel bertajuk Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity dalam portal berita, Malaysiakini pada 6 Mei lalu.
Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.










