OTTAWA 15 Julai – Dua remaja perempuan dilaporkan hilang sejak empat hari lalu ketika berkhemah di sebuah kawasan hutan di Ontario, di sini.
Portal Mirror melaporkan, Maya Mirota dan Marta Malek masing-masing berumur 16 tahun hilang sejak malam Khamis yang lalu ketika berkhemah di taman Algonquin.
Mereka dipercayai dalam perjalanan untuk berkumpul dengan peserta perkhemahan lain dilaporkan gagal dikesan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kedua-duanya tidak membawa telefon bimbit masing-masing.
Usaha mencari dua remaja tersebut akan digerakkan melibatkan polis, Pertubuhan Mencari dan Menyelamat Ontario dan warden taman tersebut.- AGENSI











