Penganggur ditahan miliki syabu - Utusan Malaysia

Penganggur ditahan miliki syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Seorang penganggur ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di Felda Sungai Koyan 2, dekat sini hari ini.

Lelaki Melayu berusia 19 tahun itu ditahan di sebuah pondok ketika Ops Tapis di tanah rancangan itu pada pukul 10 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pegawai dan anggota polis yang terlibat telah menjalankan pemeriksaan awal pada badan suspek namun tidak menemui barang terlarang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan kemudiannya dilakukan di kawasan sekitar suspek dan menemui satu beg cermin mata berwarna hitam yang berisi enam paket plastik lut sinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis syabu kira-kira 5.13 gram.

“Setelah disoal siasat, suspek mengaku dadah yang dianggarkan bernilai RM770 itu adalah miliknya yang di dapati di kawasan Sungai Koyan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, ujian urin yang dijalankan juga mendapati suspek positif methamphetamine.

“Suspek tidak mempunyai rekod lampau dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1) (A) ADB 1952,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini