Pas pelawa Pesuruhjaya Tinggi Australia lawat Kelantan, Terengganu - Utusan Malaysia

Pas pelawa Pesuruhjaya Tinggi Australia lawat Kelantan, Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Andrew Goledzinowski di ibu pejabat parti itu di sini hari ini.

Menurut Abdul Hadi dalam akaun Twitter beliau, pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu menyentuh pelbagai isu politik dan perkembangan semasa.

Beliau malah mempelawa Goledzinowski datang ke Kelantan dan Terengganu iaitu dua negeri yang ditadbir oleh Pas bagi menerokai peluang pelaburan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya berkongsi pandangan Islam mengenai hubungan dengan masyarakat bukan Islam dan pelaksanaan syariat Islam yang adil untuk semua.

“Saya turut mempersilakan Pesuruhjaya Tinggi untuk melawat Kelantan dan Terengganu, bagi menerokai peluang kerjasama dalam bidang pertanian, pendidikan dan pelaburan,” kata Abdul Hadi dalam akaun media sosialnya itu hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini