WASHINGTON 15 Julai – White House akan melaksanakan larangan suaka bagi pendatang yang cuba memasuki negara itu melalui Mexico.
Tindakan tersebut merupakan pendekatan terbaru diambil AS dalam mengekang kemasukan pendatang tanpa izin ke negara berkenaan.
Peguam Negara, Bill Bar dalam kenyataan berkata AS terbeban dengan proses kemasukan ratusan ribu pendatang di sempadan selatan negara itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tindakan ini akan mengurangkan kemasukan pendatang yang mengeksploitasi sistem suaka AS untuk masuk ke sini,” katanya.- AFP











