Orang kaya Hong Kong bimbang, panik - Utusan Malaysia

Orang kaya Hong Kong bimbang, panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 15 Julai – Situasi politik yang tidak menentu sehingga mencetuskan beberapa siri tunjuk perasaan serta rusuhan di Hong Kong, membimbangkan para pelabur di wilayah pentadbiran khas itu.

Bangkok Post yang memetik Bloomberg melaporkan, ekoran itu bank-bank swasta di Hong Kong dibanjiri dengan pertanyaan pelabur berkenaan mengenai prospek memindahkan aliran tunai mereka ke negara ini.

Sumber perbankan dan pengurus kekayaan memberitahu, walaupun kerajaan Hong Kong telah menarik balik sepenuhnya undang-undang kontroversi yang mencetuskan pergolakan, pelabur kaya di wilayah itu sedang mencari langkah memindahkan wang mereka pada kadar segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang pengurus kekayaan Asia berkata, pihak­nya telah menerima amaun aliran wang yang besar di Singapura dari Hong Kong sejak beberapa minggu ke­belakangan ini.

Salah sebuah bank swasta di Hong Kong memaklumkan, pertanyaan-pertanyaan itu diterima bukan daripada pelabur yang sangat kaya, yang kebanyakannya sudah mempunyai destinasi alternatif untuk pemindahan wang mereka, sebaliknya individu dengan aset lingkungan AS$10 juta (RM41 juta) ke AS$20 juta (RM82.1 juta).

Rusuhan dan tunjuk perasaan ekoran undang-undang ekstradisi ke China turut mendapat perhatian pelabur dan pendukung demokrasi sama ada kerajaan yang disokong Beijing mengikis tembok perunda­ngan yang memisahkan sistem kehakiman dari tanah besar China.

Demonstrasi baru-baru ini mencetuskan aliran wang China ke Singapura, London dan New York.

Mengikut sumber, minat pelabur yang meningkat di Singapura membuatkan Penguasa Kewangan Singa­pura (MAS) meminta institusi kewangan untuk tidak mengkritik Hong Kong secara terbuka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini