10 Briged Para juara UKMTD 2019 - Utusan Malaysia

10 Briged Para juara UKMTD 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) 10 Briged Para berjaya merangkul juara keseluruhan bagi kejohanan Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) 2019 yang diadakan di Kem Terendak, Melaka.

Tentera Darat dalam satu kenyataan berkata, 10 Briged Para berjaya menewaskan 10 pasukan lain melibatkan unit infantri, Gerup Gerak Khas (GGK) dan bantuan tempur.

Katanya, seramai 85 pegawai dan 653 anggota lain-lain pangkat (LLP) menyertai pertandingan yang telah diadakan Kem Terendak, Melaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelbagai acara menembak seperti menembak lorong hutan, pistol, raifal lelaki dan wanita, jatuh piring, mesingan kegunaan am, mesingan ringan, serangan seksyen dan novelti pegawai kanan.

“Acara ini juga merupakan medan terbaik untuk Tentera Darat melahirkan jaguh menembak yang bakal membawa cabaran ke peringkat yang lebih tinggi termasuk pertandingan ‘Asean Armies Rifle Meet’ (AARM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tentera Darat berkata, anugerah Jaguh berjaya dirangkul Sarjan Muhd. Firuz Azizan yang mewakili 10 Briged Para.

“Anugerah Jaguh adalah gelaran yang diberikan kepada peserta individu raifal yang mencatatkan markah tertinggi berdasarkan ketepatan menembak sasaran,” ujarnya.

Hadiah disampaikan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini