[VIDEO] Suspek cabul budak ditahan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Suspek cabul budak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing yang bertindak mencabul kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai serbaneka di sekitar kawasan Country Home, Rawang di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, suspek yang berusia 45 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan di kawasan tersebut telah diberkas pada pukul 1.15 petang.

“Bertindak atas laporan yang dibuat bapa mangsa, sepasukan pegawai dan anggota polis telah berjaya menahan suspek di sekitar kawasan Country Home, Rawang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan awal mendapati, suspek secara positif terlibat di dalam kejadian pada Rabu lalu dan kita juga turut merampas pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian namun tiada dokumen diri ditemui ketika ditahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! Online pada Isnin lalu melaporkan, polis giat memburu seorang lelaki yang memeluk dan menggesel kemaluan pada bahagian punggung seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di sebuah kedai serbaneka di Bandar Country Homes, Rawang, Rabu lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.19 petang itu me­nunjukkan suspek telah memeluk mangsa dari arah belakang sebelum melarikan diri sebelum bapa mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini