Maritim Malaysia tahan bot pukat tunda - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan bot pukat tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 15 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu menahan sebuah bot nelayan kelas C kira-kira 17 kilometer dari muara Kuala Terengganu, kerana melakukan aktiviti menangkap ikan di luar zon yang ditetapkan.

Pengarah Maritim negeri, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bot tersebut ditahan ketika rondaan Op Naga oleh bot Maritim Malaysia kira-kira pukul 1.35 petang.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati empat awak-awak termasuk tekong warga Thailand berumur 26 hingga 50 tahun berada di atas bot tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka ditahan di bawah Seksyen 8 (b) 1985 Akta Perikanan kerana menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan mengikut syarat lesen dan jika sabit kesalahan, pemilik bot boleh dikenakan kompaun atau denda sehingga RM1,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, bot kemudian dibawa ke jeti Maritim Malaysia Terengganu untuk siasatan lanjut.

Katanya, selain giat menjalankan operasi bersepadu bersama jabatan lain untuk membanteras nelayan asing di perairan negara, pihaknya turut menggerakkan aset untuk mengekang salah laku dalam

kalangan bot nelayan tempatan seperti salah guna lesen dan pencerobohan kawasan hasil aduan daripada nelayan tempatan yang terjejas.

“Kita tidak akan berkompromi terhadap kesalahan-kesalahan yang dilakukan kerana aktiviti menangkap ikan oleh bot-bot nelayan jenis tunda berdekatan dengan persisiran pantai sangat berbahaya kepada

nelayan-nelayan kecil dan juga ekosistem ikan dan batu karang.

“Rondaan dan pemantauan akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim, jadi kerjasama daripada masyarakat terutama

nelayan tempatan untuk melaporkan sebarang maklumat dan salah laku yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999 atau 09-6224357 (Pusat Operasi) Maritim Malaysia Terengganu,” katanya.

Muhammad Suffi memberitahu, sehingga awal Januari lalu hingga kini, sebanyak 972 buah vesel telah diperiksa dengan 39 daripadanya membabitkan anggaran rampasan bernilai RM50 juta. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini