Dirantai, dipaksa kerja ladang - Utusan Malaysia

Dirantai, dipaksa kerja ladang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Dipaksa bekerja di ladang kelapa sawit tanpa diberi makan, malah dirantai dan dipukul serta dilarang meninggalkan tempat kurungan selama lapan bulan.

Demikian penderitaan diharungi tiga lelaki warganegara India yang dibawa masuk ke negara ini sejak Disember lalu menggunakan pas pelawat untuk bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit di sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, ketiga-tiga mangsa yang berusia 40-an tersebut dibawa masuk ke negara ini oleh seorang lelaki India warganegara tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek warganegara tempatan yang berusia 36 tahun tersebut ditahan bersama seorang lelaki rakyat India berusia 32 tahun di sebuah kedai makan di sebuah kedai makan milik suspek di Taman Desa Perwira, Sungai Kerpan pada pukul 6.30 pagi (semalam).

“Semasa serbuan itu, polis menyelamatkan tiga lelaki warganegara India yang dirantai dan dipaksa bekerja sebagai buruh di ladang milik bapa suspek sejak Disember lalu” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini