MPSJ minta penduduk, peniaga kemuka pandangan Bajet 2020 - Utusan Malaysia

MPSJ minta penduduk, peniaga kemuka pandangan Bajet 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sedang dalam proses merangka bajet bagi tahun 2020.

Sehubungan itu penduduk dan peniaga di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu dialu-alukan untuk mengemukakan pandangan serta cadangan terhadap bajet berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azrafizal Abdul Rashid berkata, sebarang cadangan boleh dikemukakan melalui kaji selidik di laman web di https://www.surveymonkey.com/r/CZFGMHP bermula 1 Julai lalu.

“Pandangan serta input penduduk dan peniaga amat penting bagi memastikan bajet yang dirangka bersifat komprehensif.

“MPSJ meminta supaya masyarakat dapat memberi pandangan mereka bagi lima teras perbelanjaan seperti Tadbir Urus Terbaik, Perancangan dan Pembangunan serta Mesra Alam dan Pembangunan Sosioekonomi Yang Pesat,” katanya.

Menurut Azfarizal, sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut boleh menghubungi Jabatan Perbendaharaan

MPSJ di talian 03-8026 4311 atau layari www.mpsj.gov.my untuk keterangan lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini