Mohd. Kamarudin Ketua Polis Johor yang baharu - Utusan Malaysia

Mohd. Kamarudin Ketua Polis Johor yang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 14 Julai – Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din dilantik menjadi Ketua Polis Johor yang baharu bermula hari ini menggantikan Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas antara Mohd. Kamarudin dan Mohd. Khalil yang berlangsung di Dewan Auditorium Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Datuk Seri Tajudin Md Isa.

Mohd. Kamarudin, 54, berasal dari Rembau, Negeri Sembilan memulakan perkhidmatan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mendapat Latihan Asas Kepolisan Inspektor pada 5 Jun 1988 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur dan kini telah 31 tahun berkhidmat dengan pasukan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau telah menyandang pelbagai jawatan sebelum ini antaranya dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai sebelum ditukarkan ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada tahun 1997 dan seterusnya bertugas sebagai Timbalan Ketua JSJ IPK Selangor pada 2006.

Mohd. Kamarudin kemudian menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) JSJ Komersial pada 2009 sebelum dinaikkan pangkat Timbalan Pengarah pada 2013 dan dilantik menjadi Timbalan Ketua Polis Johor pada Julai 2017. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini