Bunuh abang: Reman adik dan teman lelaki disambung - Utusan Malaysia

Bunuh abang: Reman adik dan teman lelaki disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 13 Julai – Tempoh reman seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan teman lelakinya dilanjutkan enam hari lagi mulai hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh abang remaja terbabit di Taman Glenview di Kamunting Ahad lalu.

Perintah tahanan reman terhadap remaja perempuan dan teman lelakinya berusia 15 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang masih bersekolah dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh itu direman selama enam hari yang berakhir hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam kejadian pada pukul 12.18 tengah hari Ahad lalu, mayat, S. Sritharan, 16, yang dibalut plastik ditemukan dengan kesan kelar di leher dan kedua-dua pergelangan tangan di belakang sebuah rumah kosong di sebelah rumahnya di Taman Glenview Kamunting.

Mayat pelajar tingkatan empat itu dijumpai bapanya setelah dua hari dia dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas ke sekolah Jumaat lalu.

Siasatan polis kemudiannya telah membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek di mana seorang daripadanya adalah adik perempuan mangsa serta teman lelaki yang mengaku membunuh remaja itu.

Motif kejadian itu dipercayai berlaku gara-gara pertengkaran antara mangsa dan suspek lelaki, membabitkan telefon bimbit yang disimpan abang teman wanitanya.

Difahamkan, mangsa enggan memberikan semula telefon bimbit itu dan berlaku pergelutan antara mereka sehingga menyebabkan mangsa ditikam dengan menggunakan senjata tajam.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini