Roselindawati wanita pertama terajui JaPen sejak 1945 - Utusan Malaysia

Roselindawati wanita pertama terajui JaPen sejak 1945

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 9 Julai – Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Roselindawati Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah jabatan itu berkuat kuasa semalam.

Roselindawati, 58, merupakan Ketua Pengarah Penerangan yang ke-17 dan wanita pertama menerajui jabatan itu sejak penubuhan JaPen pada tahun 1945.

JaPen dalam kenyataannya memberitahu, beliau telah memulakan kerjaya pada 1986 sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah sebagai Pengarah di Bahagian Geraksaraf dan Pengurusan Isu di JaPen, Setiausaha Bahagian Penyelarasan Media di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Timbalan Ketua

Komunikasi Korporat di Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik di KKMM, sebelum memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) pada 2018, “ jelasnya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Jelas JaPen, Roselindawati merupakan pemegang Sarjana dalam bidang Penyiaran, Telekomunikasi dan Media Massa daripada Temple University Philadelphia, Amerika Syarikat.

Sebelum itu, beliau telah menamatkan pengajian di peringkat Diploma Media Massa (Perhubungan Awam) di Institut Teknologi Mara (ITM) pada 1984.

Beliau kemudiannya pada tahun 1992, telah memperolehi dua Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Perhubungan Awam dan jurusan Pentadbiran Perniagaan daripada California State University Fresno, Amerika Syarikat.

“Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam bidang perhubungan awam dan komunikasi strategik,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini