KKM lantik transgender jadi ahli CCM? - Utusan Malaysia

KKM lantik transgender jadi ahli CCM?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Kementerian Kesihatan melantik seorang transgender, Rania Zara Medina sebagai ahli Country Coordinating Mechanism (CCM) melalui surat pelantikan rasmi bertarikh 25 Jun lalu.

Surat pelantikan yang ditandatangani oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye itu telah dikongsikan oleh Rania dalam laman Facebook rasminya semalam sehingga mendapat perhatian warga maya.

Rania berkongsi kegembiraannya sambil menyifatkan segala persoalan berhubung pelantikan itu telah terjawab melaui undian dan pencalonan yang dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Undian demi undian, percalonan demi percalonan serta ujian demi ujian telah berjaya ditempuhi. Hari ini pelantikan rasmi dari Kementerian Kesihatan telah dinoktahkan.

“Saya dengan rendah hati ingin berterima kasih kepada seluruh komuniti dan penyokong saya dari mulanya percalonan ini berlaku sehinggalah ke lantikan ini.

Rania yang merupakan pemenang ikon Transwomen Malaysia 2017/2018 akan mewakili malaysia sebagai ahli CCM mendapatkan dana daripada Globalfund yang merupakan sebuah badan kewangan antarabangsa yang komited dalam melaburkan dana untuk menghentikan epidemik HIV, AIDS, Tuberkulosis dan Malaria. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini