ITBM tandatangan MoU luaskan karya ke China - Utusan Malaysia

ITBM tandatangan MoU luaskan karya ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai – Kementerian Pendidikan menerusi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) mengumumkan telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha menembusi pasaran China.

ITBM dalam satu kenyataan memberitahu, MoU yang ditandatangani bersama Pusat Kebudayaan Han Malaysia (Han) dan Social Sciences Academic Press China (SSAP) itu berupaya membantu banyak karya-karya berkualiti termasuk tulisan Sasterawan Negara ke negara Tembok Besar itu.

Menurut ITBM, potensi pembaca yang lebih besar di China akan dapat dicapai menerusi kerjasama tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelas kenyataan itu, MoU yang dimeterai itu juga merupakan sebahagian daripada usaha untuk mempromosi Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020.

“Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara membaca menjelang tahun 2030 dan tahun hadapan pula, Kuala Lumpur bakal diiktiraf sebagai Ibu Kota Buku Dunia.

“Usaha sama ini juga berkeupayaan untuk mengeratkan hubungan kedua-dua negara dalam bidang penerbitan, penterjemahan dan pertukaran kesarjanaan,” kata kenyataan itu hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini