KATHMANDU 9 Julai – Seorang bekas pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dipenjara atas kesalahan melakukan penderaan seksual terhadap dua kanak-kanak di Nepal.
Peter John Dalglish, 62, dari Kanada pernah berkhidmat sebagai petugas hak asasi kemanusiaan dihukum penjara selama sembilan tahun dan tujuh tahun dalam dua kes berasingan.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut pada bulan lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Selain itu, Dalglish turut dikehendaki membayar pampasan sebanyak AS$4,550 (RM18,854) kepada setiap mangsa. – AFP










