Bedah siasat tiga mangsa maut di Pulau Kalapuan dijalankan hari ini - Utusan Malaysia

Bedah siasat tiga mangsa maut di Pulau Kalapuan dijalankan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU 9 Julai – Bapa kepada jurulatih penyelam yang maut di Pulau Kalapuan Jumaat lalu, Abdun Jamarun mahu menunggu laporan penuh bedah siasat kematian Zainal sebelum sebarang tindakan diambil.

Katanya, keputusan itu termasuk sama ada mahu membuat laporan polis atau tidak.

“Tunggu laporan bedah siasat,” katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Unit Forensik Hospital Tawau di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abdun, 50, bersama anak dan cucunya, selain waris kepada dua mangsa warga China berada di unit itu sejak 9 pagi bagi proses menuntut mayat.

Dalam pada itu, Abdun berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Halo di Bangau-Bangau, Semporna hari ini.

“Kalau keluar (jenazah) hari ini, biar malam pun, kami akan kebumikan,” jelasnya.

Setakat pukul 2 petang ini, difahamkan seorang daripada tiga mangsa selesai dibedah siasat.

Sementara itu, dua mayat warga China Zhao Zheng dan Xu Yingjie akan dibakar di tempat pembakaran mayat di Jalan Sin Onn Tiku di sini.

Zhao Wei Hua iaitu bapa saudara Zhao Zheng ketika ditemui berkata proses pembakaran mayat dilakukan sebaik menerima sijil kematian kedua-dua mangsa

Ujar Wi Hua, selepas proses itu, abu mayat akan dibawa ke Semporna untuk dihanyutkan di kawasan mayat mula ditemukan.

“Kami doa agar roh kedua-dua mangsa sampai ke Beijing,” katanya.

Bernama difahamkan kedua-dua mangsa merupakan Jurutera IT yang bekerja di China dan bersahabat baik.

Zhao dan Xu belajar bersama-sama di sebuah University Ta-Lien di Liaoning, China dan Kedua-dua mangsa merupakan anak tunggal bagi kedua-dua keluarga.

Turut difahamkan, Zainal sudah beberapa kali membawa Zhao dan Xu untuk menyelam di Semporna dan kedatangan mereka ke Semporna kali ini, difahamkan untuk mengambil lesen jurulatih.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini