LONDON – Norberto Murara atau lebih dikenali Neto merupakan penjaga gol terbaharu yang menyertai Barcelona, kata kelab gergasi Sepanyol itu.
Penjaga gol Brazil menandatangani kontrak selama empat tahun dengan nilai 26 juta euro (RM120 juta) dan Neto akan diperkenalkan kepada peminat Barca, hari ini.
“Saya mahu memenangi semua kejohanan bersama Barca.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Objektif peribadi saya adalah memenangi semuanya kerana saya seorang juara dan apabila anda menyertai pasukan seperti Barca, anda hanya fikir untuk menang semua perlawanan.
“Saya berasa sangat gembira. Tentang diri saya? Saya seorang yang cekap dan pantas,” kata bekas penjaga gol Valencia itu yang menyaksikan dia bolos 82 kali dalam 80 perlawanan. – AGENSI











