31 ditahan dalam Op Bersepadu - Utusan Malaysia

31 ditahan dalam Op Bersepadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 9 Julai – Sejumlah 31 individu, kebanyakannya warga asing, ditahan atas pelbagai kesalahan dalam Op Bersepadu di lapan blok rumah pangsapuri di Desa Mentari, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, daripada jumlah tersebut, 24 individu disyaki warganegara Indonesia ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan melanggar Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, seorang lelaki warga tempatan berusia 32 tahun yang disenarai sebagai orang dikehendaki polis berkaitan kes pecah rumah turut ditahan dalam operasi tersebut.

“Enam individu turut ditahan kerana positif ujian saringan air kencing dan sebanyak 35 saman trafik dikeluarkan dalam operasi itu, “ katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.

Menurutnya, Op Bersepadu Pencegahan Jenayah Khas IPD Petaling Jaya yang dijalankan selama tiga jam berakhir kira-kira pukul 1 pagi disertai 50 pegawai dan 322 anggota melibatkan Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Mohd. Zani berkata, semua individu yang ditahan berusia 18 hingga 50 tahun dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

“Operasi susulan akan diteruskan ke atas semua sasaran yang meloloskan diri ketika pemeriksaan dibuat tadi,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×