Ribut kencang terbangkan khemah peniaga - Utusan Malaysia

Ribut kencang terbangkan khemah peniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Kira-kira 30 penjual pasar malam di pekan Selising, di sini semalam bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila khemah jualan mereka diterbangkan ribut.

Menurut seorang peniaga, Fatimah Abdullah, 45, kejadian yang berlaku pada pukul 4 petang itu bermula dengan angin kencang diikuti hujan lebat.

Menurutnya, peniaga gagal membuka perniagaan kerana bangku tempat meletak barangan jualan turut rosak selain ketiadaan pelanggan apabila sekitar kawasan itu digenangi air selama dua jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami terpaksa meninggalkan khemah jualan dan mencari tempat yang selamat di premis berdekatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Seorang lagi peniaga, Ismail Mamat, 40, berkata sebahagian peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila bekas makanan termasuk kuali turut diterbangkan angin.

Menurutnya, penjual gagal menyelamatkan barangan jualan kerana lebih mengutamakan keselamatan mereka.

“Kami tidak menduga ribut yang berlaku begitu kencang dan pantas,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini