Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menjala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menjala ikan di kawasan muara Sungai Udang di Ladang Bayram, Nibong Tebal di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Kalidasen, 30-an, dilaporkan terjatuh ke dalam sungai kira-kira pukul 6.15 petang tadi.

Pengarah Maritim Malaysia negeri, Kapten Maritim Hamizan Harun berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah menagakitfkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pihaknya menerima aduan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi SAR segera dilakukan, namun setakat ini mangsa belum ditemui sebelum operasi ditangguhkan pukul 7.30 malam.

“Operasi akan disambung semula pukul 7.30 pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Turut terlibat dalam operasi berkenaan ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini