Stesen minyak dipecah masuk  - Utusan Malaysia

Stesen minyak dipecah masuk 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT – Sebuah stesen minyak di Pekan Telok Panglima Garang di pecah masuk seorang penjenayah yang menggunakan kain sebagai penutup muka, awal pagi tadi. 

Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 6 pagi oleh pekerja kedai tersebut sebaik tiba di stesen minyak tersebut sebelum memaklumkan kepada pengurusnya.

Namun, tiada sebarang wang tunai dan barangan dipercayai hilang akibat kejadian itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati cermin di bahagian kaunter bayaran telah dipecahkan dan didapati berselerak.

Katanya, terdapat juga kesan darah di bahagian lantai luar dan atas kaunter bayaran dipercayai milik penjenayah tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada wang dan barangan termasuk rokok hilang berikutan tidak disimpan di dalam kaunter dan kedai stesen minyak tersebut.

“Sewaktu kejadian juga didapati tiada mangsa susulan stesen itu hanya beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 11 malam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Azizan menambah, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup mendapati jenayah itu dilakukan oleh seorang suspek sahaja dengan menggunakan kain bagi menutup mukanya.

Ujar beliau, pihaknya menafikan berlaku rompakan atau samun seperti dilaporkan di media sosial berikutan tiada elemen mencederakan mana-mana mangsa. 

“Usaha mengesan suspek yang terlibat sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini