Penyanyi lain tidak sesuai bawakan Anta Permana - Hael Husaini - Utusan Malaysia

Penyanyi lain tidak sesuai bawakan Anta Permana – Hael Husaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Komposer lagu Anta Permana, Hael Husaini menyatakan hasrat untuk melihat penyanyi lagu tersebut, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyanyikan sendiri lagu berkenaan jika lolos ke Anugerah Juara Lagu Ke-34.

Hael berkata, lagu yang dicipta bersama Ezra Kong itu digarap mengikuti kriteria suara Datuk Seri Siti Nurhaliza dan tiada sesiapa yang dirasakan sesuai untuk membawakan lagu tersebut selain beliau.

“Sejujurnya, lagu tersebut dicipta khas untuk penyanyi asal iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Jiwa pada lagu tersebut memang diinspirasikan untuk beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada pendapat saya, tidak sesuai jika penyanyi lain mengambil jiwa lagu tersebut,” katanya.

Menurut Hael, penyanyi nombor satu negara itu telah berjaya meletakkan kelas yang tersendiri terhadap lagu berkenaan.

“Sebagai penyanyi, beliau telah meletakkan lagu tersebut dalam kelasnya yang tersendiri. Sebagai komposer juga, saya mahu melihat penyanyi asal menyanyikan lagu yang ciptaan kami berdua.

“Cuma, akhirnya, keputusan untuk menyanyi di pentas AJL terletak pada beliau. Jika peminat rindukan Datuk Seri Siti menyanyi di AJL, kita doakan sama-sama,” katanya lagi.

Terdahulu, Siti menjelaskan beliau masih berpegang teguh pada pendirian untuk tidak bertanding di pentas AJL.

Kali terakhir beliau bertanding adalah pada tahun 2008 menerusi lagu Destinasi Cinta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini