Raja Perlis hadir makan malam bersama Rejimen Renjer - Utusan Malaysia

Raja Perlis hadir makan malam bersama Rejimen Renjer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri ‘Majlis Santapan Malam Bersama Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Kor Polis Tentera Diraja (KPTD)’ yang diadakan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia pada jumaat lepas.

Majlis tahunan tersebut dianjurkan bersempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke-76 Tuanku Syed Sirajuddin yang juga merangkap Tuanku Kolonel Yang DiPertua Kor Rejimen Renjer Diraja dan Kor Polis Tentera Diraja.

Terdahulu keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Pengerusi RRD, Mejar Jeneral Datuk Md Din Hj Abu dan Pengerusi KPTD, Brigedier Jeneral Hj Mislan Anuar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut mengiringi baginda berdua ialah cucunda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah dan para pegawai kanan dari Kor RRD dan juga KPTD.

Kemuncak acara majlis diserikan lagi dengan perkenan Tuanku Raja Perlis memotong kek sempena ulang tahun rasmi keputeraaan baginda yang akan menjelang tiba pada 17 Julai, serta persembahan cendera kasih daripada Pengerusi RRD dan KPTD mewakili kor masing-masing kepada baginda berdua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×