Kelulusan permit pembinaan dipendekkan daripada 390 kepada 90 hari - Utusan Malaysia

Kelulusan permit pembinaan dipendekkan daripada 390 kepada 90 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 8 Julai – Kerajaan memutuskan tempoh urusan mendapatkan kelulusan permit pembinaan dipendekkan daripada 390 kepada 90 hari.

Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) kali keempat hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jelasnya, cadangan penambahbaikan itu akan dilaksanakan segera dengan menghapuskan syarat tidak diperlukan tanpa melibatkan pindaan undang-undang berkaitan sedia ada.

“Mesyuarat EAC berlangsung hari ini telah membincangkan cadangan penambahbaikan prosedur mendapat kelulusan permit pembinaan bagi mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan merancak lagi pelaburan swasta,” jelas kenyataan itu di sini hari ini.

Selain itu kenyataan menambah, mesyuarat juga membincangkan pelbagai perkara antaranya langkah segera yang boleh dilaksanakan dalam memacu industri pelancongan negara bagi merangsang ekonomi domestik.

Mesyuarat juga, jelasnya, menyentuh mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan hasil pertukaran asing.

“Antara perkara diberi penekanan adalah usaha meningkatkan produk pelancongan, mempertingkatkan kualiti perkhidmatan, merangka semula kaedah pemasaran, mengukuhkan tadbir urus dan mempergiatkan pelancongan domestik,” jelas kenyataan itu.

Pada masa sama, kenyataan menambah, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited dalam mengutamakan langkah segera bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi.

“Ia bagi memastikan pembangunan yang mampan dan kemakmuran negara dapat dinikmati bersama oleh seluruh rakyat.

“Kerajaan yakin pelaksanaan langkah-langkah segera ini dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara seterusnya meningkat kesejahteraan rakyat demi kemakmuran bersama,” jelas kenyataan itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×