Itu pandangan Chef Wan - Utusan Malaysia

Itu pandangan Chef Wan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Julai – “Itu pandangan peribadi dia,” kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu mengulas mengenai cemuhan Tokoh Ikon Felda 2019, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terhadap peneroka Felda hari ini.

Kata Mohamed Azmin, sebagai anak peneroka, itu mungkin pandangan peribadi Chef Wan terhadap komuniti itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Yang penting kita sebagai kerajaan telah mengemukakan satu dasar baharu, model baharu yang dibentangkan dalam Parlimen. Kita mendapat peruntukan besar untuk menjayakan inisiatif dan Perdana Menteri secara berani berjumpa peneroka.

“Itu mungkin pandangan peribadi dia sebagai anak peneroka tapi di pihak kerajaan kita yakin peneroka ada masa depan cerah, potensi yang besar khususnya generasi baharu Felda. Dengan syarat mereka diberikan dokongan dan sokongan bagi menjayakan inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita si Lobi Parlimen di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini