KUALA LUMPUR – Seorang usahawan tidak menduga mampu meraih pendapatan hampir setengah juta ringgit dengan hanya menjual satu barang kosmetik dalam tempoh sebulan melalui platform media sosial.
Normalinda Agusmansyah, 33, berkata, dia yang baru berjinak-jinak dengan dunia perniagaan online sejak sebulan lalu menjual Dion Skincare foundation yang mengandungi serum, minyak biji anggur, kompleks anti jerawat, aqua dan banyak lagi.
Pengasas Dion Skincare itu berkata, buat permulaan, dia memulakan bisnes dengan menjual foundation itu pada harga promosi RM99 berbanding harga sebenar RM135.
“Istimewanya produk ini ialah ia mengandungi semua bahan yang diperlukan untuk merawat kulit. Pengguna tidak perlu beli serum kerana ia juga boleh merawat dan mencerahkan kulit.
“Saya tidak sangka produk ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan saya bercadang untuk mengeluarkan satu lagi produk iaitu sabun pencuci muka dalam tempoh terdekat. Saya berjaya menjual hampir 5,000 produk itu,” katanya ketika dihubungi di sini.
Tambahnya, minatnya yang mendalam dalam bidang kecantikan dan perniagaan telah mendorongnya terlibat dengan dunia bisnes selain pernah membuka kedai jamu dan kios menjual barang kosmetik bagi mencari pengalaman berniaga.
Menurut Normalinda, dia bercadang untuk membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ejen produknya bagi meluaskan lagi perniagaannya.
Orang ramai yang berminat boleh menghubunginya di talian 018-213 9005 atau layari Facebook Dion Beauty Skincare dan Instagram Dionbeautyskincare. – K! ONLINE











