WELLINGTON 8 Julai – Seorang lelaki maut selepas dihempap sebuah jentera ladang di Mayfield, dekat sini, baru-baru ini.
Portal Stuff melaporkan, Donald Ross McCullough, 66, mati di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku sekitar pukul lapan malam waktu tempatan.
Polis masih menyiasat punca kejadian.
Memuatkan artikel berkaitan…
McCullough dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai seorang yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.- AGENSI











