Sunway Pyramid tawar ganjaran straw emas kepada pelanggan - Utusan Malaysia

Sunway Pyramid tawar ganjaran straw emas kepada pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pusat membeli-belah, Sunway Pyramid di sini baru-baru ini menawarkan ganjaran straw emas 916 eksklusif kepada seorang pelanggan bertuah dalam kempen penebusan straw besi anjuran pusat beli-belah itu.

Sunway Pyramid dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Xera Cheah menjadi pelanggan bertuah apabila memenangi kempen tersebut selepas melakukan penebusan straw besi yang ke 100,000.

“Pembeli hanya perlu membelanjakan RM100 dalam dua resit untuk layak menebus straw besi di kaunter di pusat beli-belah terpilih iaitu Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Sunway Putra dan Sunway Carnival,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan itu, kempen tersebut selaras dengan matlamat Pembangunan Mampan Bangsa-bangsa Bersatu dan keputusan kerajaan untuk mengharamkan straw plastik di kawasan Wilayah Persekutuan pada awal tahun ini.

“Keputusan kami untuk menghapuskan penggunaan straw plastik juga menyokong ikrar Sunway Group dalam usaha mewujudkan masa depan yang lebih hijau.

“Beberapa penyewa kedai telah mengambil inisiatif menggunakan straw besi dan kertas biodegrasi. Mereka juga memutuskan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan yang membawa straw sendiri,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini